Rabu, 21 Disember 2011

Sepasang Kurung biru....

       Damai suasana,angin sepoi-sepoi bahasa menderu. Menepis wajah dan kerudung putih yang membaluti kepalanya. Anak matanya merenung jauh. Hati resah namun tidak dihiraukan beberapa batang tubuh yang melintasinya. Tak ramai yang melalui kawasan padang bola sepak Uitm Jengka ini. Hanya beberapa pelajar yang gemar mengambil jalan pintas ke dewan kuliah dari asrama baru. Agak redup melalui kawasan itu jika di bandingkan melalui laluan keluar masuk asrama yang bertar. Di tangannya masih memegang buku rujukan Fizik yang agak tebal. Baru saja di pinjam dari perpustakaan universiti.

     Masih terbayang di ruangan mata gelagat seorang insan yang amat dikenali. Masakan tidak... dia yang dulu amat dibencinya kerana merendah-rendahkan kemampuannya di dalam bilik kuliah. Tetapi tidak disedari, dalam diam telah mengubah hatinya tertarik dengan gelagat gila-gila lelaki itu. tetapi kenapa harus dia merasa cemburu melihat kemesraan dia bersama teman wanitanya tadi?. adakah hatinya sudah terpaut pada dia?.Ah!..karut.

      "Aku tak boleh dan tak mungkin bersama dia. Aku pipit dia enggang masakan mungkin enggang boleh terbang bergandingan dengan pipit.Pergi jauh-jauh wahai perasaan...."bisik hatinya sambil mengeluh berat.

       "Amboi..cik kak. mengeluh panjang nampak...tenung bangunan asrama dah macam nak tembus dinding tu..."

      Sara kaget lantas memalingkan muka ke arah suara itu. bibirnya mengukir senyum yang berat. Buku yang terbuka luas itu ditutup dan dimasukkan ke dalam beg di sisinya.

     "Boleh aku duduk?...." tanpa menunggu jawapan Amir terus melabuhkan punggungnya ke atas padang rumput, berhadapan dengan sara namun menjarakkan kedudukannya sedikit agar dapat berbual dengan selesa.

    Sara hanya diam membisu seribu bahasa. Tangannya menguis-nguis rumput di kakinya. Tiada modal untuk memulakan bicara. Agak kekok duduk berduaan dengan Amir kerana sebelum ini kebiasaannya dia hanya akan duduk beramai-ramai bersama kumpulannya sambil menyaksikan perlawanan bola sepak.

   "Tadi aku cari kau di Library.... Nurul beritahu kau ke mari..." Amir memberitahu tanpa di tanya.

   "Kenapa kau cari aku?... "
   "Oh!..alamak!...."
    "sorry...aku terlupa kau pesanan kau nak jumpa aku hari ini.... Sorry ya..."
Sara menepuk dahinya. Macam mana aku boleh lupa. Kesian dia mungkin dia tunggu aku lama di sana..bisik hatinya...

    " Tak apa lah..aku pun lewat tadi...." Amir tersenyum.kelakar mungkin melihat Sara yang sedikit kalut kerana memungkiri janji.

     "Hah, kenapa kau beria sangat nak jumpa aku sampai nak berpesan kat Nurul?." soalnya. gundah hatinya tadi luput seketika dari ingatannya. fikirannya terus fokus pada teman sekuliahnya itu. Mungkin dia ada masalah....

    "Aku...aku ada satu perkara nak bincang dengan kau... Erm..elok juga kau disini tak lah aku gabra sangat..heheheheh..." ujarnya sambil tersengih.

    "La... kenapa. Kau ada masalah peribadi ke?.. Sampai orang lain tak boleh tau ni..."
    " Hah,cepat cerita..mana tau mungkin aku boleh tolong..."  serta merta dia menumpukan perhatian pada apa yang akan di luahkan oleh temannya itu.

       Pada kebiasaannya Sara memang tempat meluahkan perasaan teman-temannya. Dan sebaik mungkin akan memberi nasihat atau membantu apa-apa yang di rasakan mampu. Sudah seperti pegawai kaunseling. tak perlu rakan-rakan sekuliahnya pening kepala memikirkan masalah dan gundah gulana di hati. Sudah ada tempat untuk mengadu.

     "Sebelum aku bercakap dengan lebih lanjut lagi. Aku mintak sangat-sangat kau jangan terkejut dan tak perlu nak beri jawapan sekarang. Aku cuma harap kau sudi nak dengar sampai habis apa yang aku nak cakap kat kau, okey?.."

    Sara bekerut dahi. Lain macam saja si Amir ini. Buang tabiat ke apa ni?..

   "Pelik saja kau ni... Apa masalah kau ni..." tersekat-sekat suara Sara.

   "Okey...fuh..fuh..." Amir menarik dan melepaskan nafas yang berat bebrapa kali mencari kekuatan untuk berbicara.

  "Sara, kita kawan dah lama. Aku suka kawan dengan kau. Kau banyak ambil berat pasal aku... Sebelum ni tak pernah ada gadis sebaik kau yang aku kenal. Makin lama aku makin tertarik dengan kau.. dan dalam erti kata lain..aku mula menyukai kau... Sara, aku tau aku tak sehensem teman-teman kita yang lain. Tapi aku ikhlas nak kenal kau dengan lebih rapat lagi..."

  Amir berhenti berbicara seketika dan memerhati raut wajah Sara yang termanggu-manggu.

  "Sara, hari ini aku mengumpul kekuatan untuk meluahkan segalanya pada kau. Dah lama aku nak luahkan tapi, aku takut. Takut kau akan menempelak aku dan putus persahabatan kita. Dan sekarang ini aku semakin yakin dengan perasaan aku. Dan aku nekad untuk meluahkan segalanya pada kau. Aku sanggup ambil risiko ini untuk berterus-terang dengan kau sebab aku tak mahu terus hidup dalam angan-angan aku sendiri. Aku tak dapat nak tumpukan perhatian aku lagi pada kuliah selagi aku tidak beritahu isi hati aku pada kau.jadi, sekarang ini, saat ini sudah lepas semua isi hati aku pada kau.

    " Sara...boleh tak kiranya aku jadi teman istimewa dalam hatimu?...." Dia mengakhiri kata-katanya dan memandang wajah Sara dengan penuh makna. Menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir merah itu.

   Sara terkebil-kebil mendengar kata-kata Amir tadi. Seperti tidak berpijak di bumi nyata. tidak percaya dengan apa yang di dengarnya tadi. Selama 5 semester dia berkawan dengan Amir. Dia tidak menafikan selalu mengambil berat akan diri temannya itu. memang sifat dia begitu. Tidak membezakan jantina dalam berkawan asal tidak melampaui batas-batas agama.
Tidak pula dia menyangka layanannya itu di salah tafsir.

   "Aduh....macam mana ni....." hatinya berbicara gelisah...

   Hatinya terpaut pada insan lain tapi, dalam masa yang sama ada insan lain yang menagih kasihnya. Siapa yang harus aku pilih?. Si dia yang aku suka dalam diam atau haruskah aku menerima saja lamaran si Amir ini?......

   

Selasa, 13 Disember 2011

duit oh duit....

asal hujung tahun jer...meroyan...
asal datang disember jer bagai nak pitam....
asal dah nak muncul januari jer...pening kepala ....

seluk-seluk...
dah nak dekat rabak ni ha...
poketnyer tak cukup besar....
banyak nak di hulur...
tapi intinyer tak cukup...

alahai...
duit oh duit...
sampai tutup mata pon belum cukup-cukup...

badan dah capek...
kepala udah pusing...
mikir mau carik uang....
enggak tau harus bagaimana mau di tanggung...

alahai......
duit oh duit....

makin besar periuk..
makin besar keraknya...

alahai.........

Ahad, 11 Disember 2011

sunyi

suniy tak dengar suara serak2 basah memanggil-manggil ibu...
suniy tak dengar suara rengekan kerana tak puas hati kehendak tak di turuti....
rindu nak berebut tidur sebantal......
rindunya....
sunyi tanpa kalian...
bagaimana agaknya andai kalian terus pergi meninggalkan ibu...
separuh hidup ibu ini tak berfungsi...
walaupun kadang2 suara serak2 mu memeningkan ibu..
walaupun kadang2 rengekan mu itu melemaskan ibu...
tapi,
itulah penghibur ibu....
setiap hari perlu ada kalian di depan mata....
perlu ada pelukan manja dari kalian...
teman bertengkar....
teman bercerita.....

balik la cepat aina...
balik la cepat aliya....
ibu dah rindu....
tidur ibu tak lena tak ada aina dan aliya....

Rabu, 7 Disember 2011

Anger management (bahasa melayu cakap pe ek?..heheheheh)

Alhamdulillah semalam hari pertama suzie tidak menjadi seorang ibu yang garang,pemarah..etc..
walaupon anak2 tak henti-henti menaikkan darah suzie..huhhuhuhuhu....
itulah..anak terlampau aktif...
tapi kalau tak aktif...duduk jer...tak baik jugakkan....
bak kata senior kat ofis...bersyukur di kurniakan anak yang boleh menceriakan hidup suzie walaupun kedangkala terlampau-lampau cerianya...

kisah petang semalam....

suzie beli sekotak koko crunch...
baru jer kirim kat adik dah berebut dalam keta masing2 nak pegang kotak...

dengan kuasa diktator..suzie cakap..
"ibu yang beli..ibu yang pegang..suh korang pegang berebut..jadi gaduh karang"

sampai di rumah....
masing-masing, tak sempat ibu nak duduk lepas kan lelah dah berebut nak bukak kotak...
suzie pon keluarkan plastik kecil 3 keping, bahagikan sorang sikit... yang lebih simpan tempat tinggi..
suzie nak ajar diorang jangan tamak..beli makanan banyak nak habiskan time tu jugak...tauke kilang coco crunch pon boleh bankrup camtu..

ibu cakap...
"hari ni makan banyak ni..yang lain kita makan esok..kalau makan banyak-banyak nanti sakit perut....
kita jangan tamak..kalau tamak kawan siapa?...
kawan syaitan... kalau kawan syaitan nanti masuk api neraka...
kakak ngan angah nak masuk api neraka ker?..."

"tak nak..."aina cakap..

jawapan si aliya..
"kite tak nak kawan ngan syaitan..kiter nak kawan ngan acik nani jer..."

adui...itu punya jawapan pon ader ker... lantak ler labu...

pastu...
baru sudah amik air semayang nak solat maghrib si aliya mengadu..

"ibu..ibu..kakak dier curi amik coco crunch..."

suzie gi dapur tengok dia dah panjat beskal dia and selamat dah coco crunch duk dalam pinggan...

adui..adui... baru duk ajar jangan tamak...

mulut dah membebel..tapi tahap kemarahan dalam hati terkawal lagi...ish kalau tak sabar dah di tengking si aina nih.. itulah suzie..takper...kata nak berubah jadi ibu yang baik...kontrol..jangan tak kontrol...lubang hidung dah kembang kempis tahan marah...

so..sebagai hukuman suzie terpaksa pukul sikit tangan dia..and cakap kat dia..
tak baik mencuri...

"lain kali nak buat lagi tak?..."

"tak nak..." sambil menangis teresak-esak..

suzie pon sedih...tapi nak ajar anak kena keras sikit..tapi jangan la sampai tahap mendera..itu peringatan.. kalau tak pukul langsung takat cakap jer...pon tak boleh.. itu pandangan suzie la... pandangan mak-mak lain tak tahu...

malam pulak si aliya duk gulung-gulung tikar kat ruang tamu...dah bersemak pulak ruang tamu..hadui....pe la korang ni..ibu nak kasi rumah cantik pon korang wat naya kat ibu..

suzie cakap elok2..

"aliya,kenapa gulung-gulung tikar tu..letak balik elok-elok..."

mula-mula tu dia duk tenung jer muka suzie nih..adoi..geram plak... nak protes la tu...
masing-masing berlawan pandangan mata...

suzie cakap balik kat dia...
"aliya,letak la balik..aliya tak sayang kat ibu ker.."

dia pon pelan-pelan letak balik tikar tu...

and macam-macam lagi la gelagat diorang malam tadi..
memang menggugat iman betul.....

ada masa suzie nak menitiskan air mata pun ade...
sakit hati tahan marah punya pasal...
tapi tu lah....
tuhan nak uji kesabaran suzie...
suzie pun kenalah...
SABAR JELA DEK NON.....

tak tahulah hari ni ujian apa lagi 3A nak bagi kat ibu....
huhuhuhuhuh...
ya Allah..limpahkan lah kesabaran dalam diriku ini...
amin...

Selasa, 6 Disember 2011

kematangan tak bergantung pada usia

Walaupon suzie dah 29 tahun hidup di dunia ini.

tak bermakna suzie dah matang,

dah boleh hidup berdikari,
dah boleh selesai masalah sendiri
dah boleh bagi nasihat kat junior
dah jadi manusia yang sempurna....

suzie still mencari-cari....

cari ilmu kehidupan..
cari ilmu keibubapaan...
cari ilmu rumahtangga...
cari ilmu urus kewangan..
cari ilmu kehidupan.....
macam2 lagi lah....

bila cari ilmu, jumpa satu blog berkaitan ilmu dunia dan akhirat...
bila baca profile empunya blog..

rasa rendah diri....
dia muda lagi..
tapi pemikiran sudah dewasa...
banyak  mutiara kata-katanya membuka mata dan hati suzie...
terharu pon ada...
suzie mula sedar banyak kelemahan yang ader dalam diri suzie...

dan tak salah kan suzie nak ubah diri suzie...
bukanlah secara drastik...
sedikit demi sedikit lebih baik...
suzie pon dah penat jadi diri suzie sekarang ni..

skang nak tekan butang STOP...
and start a new life....
may allah bless me..
amin...

Jumaat, 2 Disember 2011

kenapa?

semua yang suzie coret dalam blog suzie adalah sekadar luahan dari hati....tak der niat nak mengaibkan sesapa...kalau ader yang terasa tu terpulang..mungkin benar perkara tu suzie cuba kaitkan dengannya. kalau si pembaca tau maksudnya..tak perlu nak bawak mulut.(walaumacamner pon lumrah manusia akan bercakap jugak kan...same as me sometimes)... suzie pon tulis di sini tak direct to the person.. and kalau person tu terasa nak wat camner.... most things yg suzie luahkan tu da banyak kali suzie bg hint yg suzie tak suke apa yang dia buat kat suzie tapi still buat jugak and thats melibatkan maruah suzie sebagai seorang perempuan. jangan sampai suzie sound direct depan2 orang ramai....diri tu jugak yg malu.... okey....

and about my personal problems... thats my mistake coz tak privatekan catatan tu....and thats isue publish on FB...too humiliate but things already happens.... for those yg tau..just be silent okey.. i dont need free gossips.and for everybody near me who take care of me..thanks a lot.. apreciate all that. maybe im too emotional lately.i'm realized that its to secrety to story mory about that. and i'm menyesal jugak to tell that..hmmm... thats why im trying to being so silent but...sometimes need to talk to but when i'm start talking...bad things happens and i don't like that at all....may be its better for my self being silents and invisible again like before..to much talking means to much trouble for me.

what can i do?...

for the next time i'll make sure "tapis" dulu entry before terbitkan catatan....

i'm not talking badly about him in this blog........ WHY!!!!....why people say that I'M talking bad of him?.... so sad.... and i try tak layan if people yg tak kenal try to ask what happens...... just blog and someof the  part of my blog is just a novel.(mungkin isi ader kaitan skit ngan hidup i but not 100%... people suker baca citer sedey..so i just write down...sapa yg suker baca..just baca..sapa yang tak suka just ignore... dont jugde me badly.... urghhhhhhh......  so much...much..much... menyesal sangat...
if i can turn back time.....arggggghhhhhhh!!!!!.....


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama