Isnin, 20 Februari 2012

MENU KANAK-KANAK RIANG DI PETANG MINGGU

Si Aliya request karipap gula untuk makan petang.....
memandangkan dia agak payah untuk di suruh makan, suzie layan permintaan dia...
seronok betul dia time kerja uli-menguli....
si azhar dah menangis tarik-tarik baju suzie..nak duk atas kabinet....
oh.....tidak..tidak.....
nanti abis kucah semua benda.....
tak jadi nak masak.....

siap masak...
terus makan depan tv sambil layan buletin utama TV3....
request petang,tapi makan dah malam....
hehehehehehe....


ni karipap inti gula.... seperti permintaan Aliya....


tu rupanya bila di belah....suzie letak gula banyak2.....hehehehhe


ni karipap inti sambal...suzie saja letak inti sambal extra dish tengah hari..


ini rupanya selepas belah dua.....
gambar tak menarik sebab malas nak edit.....hehehehhehehe......

terliur tak..terliur tak....?...
perasan jer suzie ni....
suzie bukan pandai masak pon....
masak ala-ala orang bujang jer.....

janji kenyang perut...
suka hati.....

pas makan....
sambung aktiviti menjahit plak....


Jumaat, 17 Februari 2012

budi bahasa rakyat malaysia kian pudar

Sejak kebelakangan ni, bila suzie menerjah blog-blog umum (bukan blog personal) dan baca ruangan komen,
dan status2 dalam facebook.....
sedih sangat....................
sebab banyak kata-kata kesat, kata-kata yang agak melampau dan ada berkategori kurang ajar....
inikah budaya kita?....
semakin lama bahasa kita semakin tidak elok di dengar....

dan......
bila di tegur....kata2 kesat pula si pemberi komen dapat....
dan berlarutan berbalas2 meluahkan kata2 itu hingga kekadang menimbulkan pergaduhan....

pada pendapat suzie.....
pada pihak yang kena tegur....
kalau tak suka...padam jer komen tersebut...
tak perlu rasanya kita nak balas teguran baik tu dengan kata2 kesat....

kalau teguran tu menggunakan kata2 kesat,
kenapa tidak kita tegur dia pulak...
bagitau elok2...

seperti

"terima kasih kerana menegur kesalahan saya...tapi saya akan lebih hargai kalau awak gunakan bahasa yang melambangkan persahabatan yang baik atau seperti sebuah keluarga...."

dan

kalau orang yang kita tegur tu marah kat kita balik tak salah kita mintak maaf kalau teguran kita tu menyinggung perasaan dia.. bukan semua orang suka di tegur kesilapan dia..lagi2 dalam pemerhatian umum.....kalau awak yang kena tegur...apa reaksi awak....

lebih elok kalau kita balas balik begini

"mintak maaf kalau teguran saya tadi menyinggung perasaan awak... saya sayang awak sebagai sahabat saya...dan sebagai sahabat saya perlu tegur....saya tak nak awak terus hanyut dalam dunia tu...."

tak pun sekadar kata begini

"ops....mintak maaf ye kalau tersinggung...jangan marah....SENYUM!!..."

dunia internet ni macam2 jenis manusia yang melihat..
termasuk anak2 kecil..
kalau mereka baca komen2 tak berapa nak molek tu bukan ke tak manis...
dan mereka akan terikut2....
kita yang dah matang pon kekadang risau melihat perkembangan tak sihat mereka..
padahal puncanya dari diri kita sendiri....

bukan nak tujukan pada orang  lain semata2....
mesej ini untuk diri suzie sendiri jugak...
kekadang suzie sendiri pon alpa ngan diri sendiri.....

apa-apa pon....
kalau suzie ada buat salah...
tegurlah...

kalau suzie terlihat atau terbaca kesalahan bahasa kamu...
suzie akan tegur secara berhemah dan sebaik mungkin agar tidak menyinggung kamu semua....

saya sayang kamu semua....saya sayang rakyat malaysia......
jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh...
baginda tidak pernah mengeluarkan kata cerca ketika menegur umatnya...
malah kata2nya lembut tetapi si pendengar akan terasa hingga ke lubuk hati dan menginsafi diri mereka........

peace no war......

Khamis, 16 Februari 2012

[6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN]

tertarik ngan satu post kat wall FB one of my friend.....
enjoy your reading girls..........

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang '...manusia'. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
See More


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama