Khamis, 8 September 2011

perjuangan bermula....

   Setelah bertangguh hampir satu tahun, akhirnya suzie menapak ke Bahagian Sumber Manusia untuk memulakan proses permohonan bertukar ke Negeri Pahang. agak rumit juga prosesnya. tapi, demi kebaikan suzie akan lakukan sebaik mungkin.

  Jangan terlalu memikir diri sendiri. kadang-kadang kita perlu berkorban untuk kebaikan orang yang kita sayangi......

  Suzie sayang anak-anak suzie... terlalu sayang... suzie tak mahu dan tak mampu melihat riak wajah sedih anak-anak kecil itu setiap kali ayah mereka melangkah naik ke dalam perut bas untuk pulang ke Pahang. 

   Bohong lah kalau suzie kata suzie tak sedih.. rasanya mahu saja suzie turut naik ke dalam bas dan ikut Ayah pulang ke sana. Tapi disini suzie ada tanggungjawab lain yang perlu suzie pikul. tanggungjawab ini yang akan memastikan perut anak-anak suzie sentiasa kenyang... dan memastikan segala kehendak dan keinginan anak-anak dapat suzie tunaikan selagi masih suzie boleh tunaikan permintaan mereka.

  Walaupun ada sedikit konflik yang berlaku.. suzie teruskan juga urusan itu. Mana tahu mungkin akan berlaku satu perubahan yang baik selepas ini.

  Doa suzie setiap kali selepas salam kedua di akhir solat,mudah-mudahan tuhan melancarkan segala urusan suzie dan semoga kebahagian dan keharmonian sentiasa menyelubungi perhubungan kami. Dan semoga perjalanan hidup kami sentiasa berada di landasan yang benar..  AMIN.

(Walaupun hati ini sering di lukai amat sukar untuk aku membencimu... walau segunung kebencian ku padamu.. tak dapat di tandingi dengan selautan sayang ku padamu... tidakkah kau mengerti perasaan aku ini.. mengapa sekelumit salahku kau perlihatkan tetapi seribu kebaikan tidak kau hiraukan.... )

   

Isnin, 5 September 2011

"selumbar di hati Laila"

   Perlahan-lahan jari jemari mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi. Di corong radio berkumandang lagu Seribu Sesalan nyanyian jac,shila dan ning..
  
    Semakin di kesat,semakin deras.. fikiran laila berkecamuk.. mengelamun sepanjang perjalanan pulang dari kampung..
  
     sesekali matanya melirik pada batang tubuh anak-anak yang sedang enak dibuai mimpi.. mereka tidak mengerti apa-apa... mereka tidak salah...Laila mengeluh untuk yang keseribu kali mungkin....

    selalunya sepanjang tiga jam perjalanan matanya turut terlena dibuai alunan perjalanan kereta yang amat panjang. tetapi kali ini langsung tidak boleh melelapkan mata walau sedetik. seperti menarik-narik mengimbau kembali peristiwa semalam.

    


  
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama