Khamis, 3 Mac 2011

INFO SIHAT 2 : KIRA KALORI KAMU........

seperti yang di wartakan dulu...hari ni sambung balik info sihat aku.....

Di dalam maklumat yang aku perolehi, ada 3 kumpulan kalori untuk setiap jenis aktiviti fizikal individu.

1. bagi golongan wanita yang sangat tidak aktif dan warga emas keperluan kalori dalam sehari adalah sebanyak 1500 kalori.
 -contohnya golongan yang macam aku ni la yang kejenye hanya duk kat depan skrin komputer dari pagi sampai ler ke petang......
 
2. bagi golongan kanak-kanak, remaja perempuan,wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang tidak aktif keperluan kalori dalam sehari adalah sebanyak 2000 kalori.
-haa...golongan ni biasanya untuk yang rajin buat aktiviti kot....pendek kata yang tak malas bergerak....hehehehe...

3. bagi golongan remaja lelaki,lelaki dan wanita yang aktif serta lelaki dan wanita yang kurang berat badan keperluan kalori dalam sehari adalah sebanyak 2500 kalori.
-golongan yang ni biasanya golongan sportman or sportwomen......
 
hmmmm...... dari tadi asyik kalori..kalori..kalori....apa itu kalori?.....
KALORI adalah jumlah tenaga yang kita amik dari sumber makanan yang kita makan tu....

berikut adalah definisi kalori menurut kevin zahri:

What are calories?

Calories are the unit measurement of energy for food (1 calorie = 4 joules). The main sources in food are carbohydrates, protein and fat.
We eat so that we get nutrition and, more importantly, energy to sustain our activities, bodily functions and life itself. Every breath you take, every movement requires a certain amount of energy.

so, agak2 korangla kan. korang ni dalam golongan yang mana...  
adakah pemakanan korang sama ngan kumpulan kalori yang diperlukan dalam body korang tu...

hmmmm....cer hitung kalori korang....camner ek....

dalam sehari kita makan sarapan,makan tengah hari dan makan malam kan...and at the sometimes ader gak minum petang....
so,dari situ kita kira jumlah kalori dalam sehari.....

contoh kiraan kalori dalam sehari:

CONTOH MENU 1500 KALORI

sarapan pagi;
2 keping sandwich keju
1 cawan kopi dengan susu rendah lemak

makan tengah hari;
2 senduk nasi(jangan plak korang senduk nasik tu setinggi yang mungkin..ikut sukatan 1 cawan nasi la)
1 ekor iksn kembong massak pindang
1/2 cawan sayur kailan 
1 keping tempe goreng
1 potong buah betik
1 gelas air kosong

makan malam;
1 cawan mee goreng(isi ayam + sayur + tauhu)
1 potong nenas
1 gelas air kosong
 
**dalam sambungan akan datang aku akan citer plak lebih mendalam camner jumlah kalori dlm makanan...maklumat tu da missing in action plak...kena cari balik...sory guys...

Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama