Dengan ketibaan bulan ramadhan al-mubarak ini bermakna semakin hampir genap setahun kami hidup berjauhan....
sepanjang itu juga bermacam dugaan dan cabaran hidup yang terpaksa kami hadapi.
Hanya tuhan saja yang tahu perit hati dan perasaan ini menanggung kerinduan....
Walaupun adakalanya gembira..terselit juga perasaan hiba...
jemu kadangkala menjengah...
tapi ku kuatkan jua hati ini demi keluarga ku yang aku cintai...
hanya pada tuhan tempat aku mengadu dan memohon agar di beri kekuatan menghadapi semua dugaan yang diberikan oleh-Nya.....
Kadangkala tertanya-tanya...
"Sampai bila harus hidup begini?.... aku juga perlu dia sentiasa disisi aku.... aku tidak segagah yang dilihat oleh mata kasar... aku juga perlu bermanja..aku juga perlu seseorang untuk diberi perhatian..."
aku tidak berani untuk berkorban melepaskan punca pendapatan aku disini untuk bersama dia di sana...
kerana aku masih tidak kuat untuk memperjudikan masa depan ku yang masih goyah...
dunia ini penuh dengan sesuatu kejutan yang tiba-tiba menerjah....
hanya berserah untuk sedikit usaha yang telah aku lakukan untuk bersama dia kelak....
mudah-mudahan DIA mendengar rintihan hamba-Nya yang terlalu kerdil ini untuk suatu kehidupan yang bahagia akhirnya nanti......
AMIN.....
5 ulasan:
naper tuh yang?
kesian kat ko..mmg perit tanggung sorang diri..
tp aku sokong..jgn sesekali berhenti keje..kita x tau hari yang mendatang...
EB:sedih la eb..kejidupan ni mcm terlalu kucar kacir jer...bila la kami sekeluarga dapat duduk serumah...hehehehehe.
ops... jari pengko la pulok... nak taip kehidupan jadi kejidupan...
farah:thanx....doakan aku dapat pindah cepat2 kat sana ek...hehehehehe..
Catat Ulasan