Rabu, 18 April 2012

drama realiti hidup

hidup tak selalu indah.. dan bila di selubungi kedukaan akan ada sinar yang menjelma....

lumrah hidup manusia di dunia ini. ada yang terlalu bahagia hingga tidak terbayang andai di timpa duka. ada yang puas menderita tercari-cari sinar harapan.

suzie sebahagian si pembawa watak dalam dunia ini. Pelbagai kegembiraan dan kedukaan di harungi. kiranya sudah cukup derita dan bahagia yang suzie cuba untuk menanggung. Namun ada insan lain yang lebih berat tanggungannya... melihat wajahnya sudah terpamer betapa di dalam jiwanya bergelut dengan ujian Allah di dunia ini. Apalah jika hendak di bandingkan dengan kesusahan suzie, jika wanita ini lebih gagah untuk mengharungi lautan duri.... apa yang suzie alami cuma sebesar kuman...

terkedip-kedip mata suzie menahan sebak tatkala menbaca luahan hati yang tak terucap dek kata-kata.... tiada siapa yang ingin mendengar... malah menjauhkan diri.... seandainya ada di depan mata... sudah luruh air mata ini....

tika ini beribu kesyukuran suzie panjatkan pada ilahi kerana masih menikmati kehidupan yang lebih sempurna.. dan di berikan jalan hidup yang agak selesa... walaupun kadangkala hati sepi merintih meminta sedikit perhatian dari teman hidup yang berada jauh di mata....

tabah kan hatimu wahai sahabat.... ku panjatkan doa agar dirimu kuat menghadapi ujian ini dan dapat menbahagiakan anak-anakmu....insan comel yang menghiasi hidupmu.... amin


ku amat kagumi ketabahan mu..... ALIA HARYANIE


Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama