Jam 8.30 malam,tengah aku bersiap nak ke pasar malam...hp aku berbunyi...aku tengok kat skrin tertera no tepon umah mak.
"hello...."
"hello,jap. aina nak cakap" kedengaran ganggang bertukar tangan.
"hello,ibu...aina nak balik umah ibu. ibu datang la sini amik aina..."sedih jer suara dia
"ala..aina. dah malam ni..aina tunggu besok-besok lagi la. nanti ibu datang umah atok ye..."
"emmm...."ringkas je jawapan dia.Aik senang pulak nak pujuk dia hari ni.selalu sampai merengek2...
"aina dah makan?.." saja aku menukar topik nak hilangkan rasa gundah gulana dia..
"dah.."
"makan lauk apa?"
makan nasi dengan telur"
"sedap tak?"
"Sedap...ibu..ibu..aina ank cakap ngan alia..."
"Aina nak cakap ngan alia...ok..'
aku hulur handphone aku pada aliya..
"kakak aina nak cakap ngan aliya.."
tersengih2 sengih dia mengambil handphone dari tangan aku....
lepas tu dia mengomel berdua entah apa yang di borakkan.hanya mereka berdua yang paham..he..he..he...
tetiba aku rasa rindu kat aina...ish...sunyi pulak bila tak der aina.tak der kawan nak bertekak.tak der kawan nak bersoal jawab soalan yang entah apa-apa entah...
kalau tak kerana esok aku keje,time ni gak aku memandu balik ke meru untuk bawak pulang aina bersama aku.....
aku takkan berpisah ngan anak-anak aku selagi hayat di kandung badan.tak kisah la adik beradik nak pinjam untuk tolong bela sampai besar ke,selagi aku mampu jaga ..aku jaga...mak dan abah nak tolong bela pon aku berat nak bagi.ini kan pulak orang lain...
anak2 aku adalah harta paling bermakna untuk aku.....huk...huk..huk....
2 ulasan:
aik! petang semalam elok jer dia main2...hmmm...dia rindu dengan adik2 dia rupanya...
anaklah harta paling berharga..sob sob sob jugak la..hehe
petang belom tiba moment untuk merindui adik2 dia..ahahahaha...tu pasal dia happy jer acik....
mana tak rindunya...tak der kawan gaduh..takder kawan nak berebut basikal....tak der kawan nak main celup ba....huk..huk..huk..
Catat Ulasan