Isnin, 31 Januari 2011

cita-cita atau angan-angan......

"cita-cita saya bila saya besar nanti nak jadi polis..."
"saya pulak nak jadi doktor...."
"cikgu..cikgu...saya nak jadi macam cikgu la...."
macam-macam jawapan yang diberikan kalau cikgu tanya soalan"apa cita-cita kamu bila kamu dewasa nanti..."
    aku?...kalau tengok rekod pelajar aku masa belajar dulu, setiap tahun berubah. tapi dalam banyak-banyak cita-cita yang aku inginkan,hanya satu jer yang kekal sepanjang tahun tetap tertulis kat ruangan cita-cita tu..iaitu JURUTERA..hahahaha...tapi,tak kesampaian pun..cuma mampu menjadi seorang juruteknik Awam jer....
    itu cita-cita utama aku...dalam bercita-cita,ada jugak aku berangan...aku berangan nak bukak sebuah kedai serbaneka yang menjual peralatan menjahit disamping buat tempahan jahitan untuk pelanggan-pelanggan aku..muahahahaha...besarnya angan-angan aku...boleh tercapai tak angan-angan aku nih...
   Hmmm....selalu gak terfikir sampai bila aku nak jadi "hamba kerajaan"..he3...janag marah dengan kenyataan aku....aku suka berkhidmat dengan kerajaan..tapi di sudut dalam diri aku ada satu perasaan membuak-buak nak berdiri di atas kaki sendiri...darah seorang peniaga mengalir dalam badanku...he3..mana taknya..arwah atuk di kedua-dua belah mak dan abah masing-masing berniaga..abah pun berniaga jugak bila dah pencen....aku pulak dari kecil didedahkan dengan dunia perniagaan..nenek belah abah selalu ajak aku teman dia hantar ubat jeruk dan jeruk yang orang tempah ke tempatnya...jadi,sedikit sebanyak mempengaruhi minat aku untuk menceburi bidang perniagaan ni..
   Apa yang boleh aku beri atau jual untuk pelanggan2 aku nanti?...hmmm...aku di beri kurniaan tuhan dengan bakat menjahit...tapi,kurang pengetahuan..cuma boleh jahit baju kurung jer.... masak?......hmmm..aku memang fail..hahahaha....tak reti bab-bab memasak ni....jadi,aku ingat nak tumpukan diri dalam bidang jahitan...sekarang tengah kumpul ilmu mengenai jahitan..tapi belum berkesempatan untuk praktis semua tu...
   JADI, AKU HARAP RAMAI YANG AKAN BERDIRI DI BELAKANG AKU UNTUK MENYOKONG ANGAN-ANGAN AKU DAN HARAP-HARAP BOLEH MENJADI KENYATAAN...

Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Laman utama