Jumaat, 6 Januari 2012

aku seorang mahasiswi (part 2)

       Selesai solat maghrib aku bergegas berlari menuju ke telefon awam di pintu masuk Kolej Sentral. Hajat di hati hendak mengadu nasib dengan abah tercinta..kot-kot tak dapat cari tiket boleh minta simpati ambil aku di sini. itu kalau terdesak la. kalau boleh tak mahu nak susahkan abah.
  
      Kolej Sentral, Bangunan Kolej yang terbiar aku rasa. Lihat pada suasananya.  Penempatan sementara kami student yang daftar pengambilan sessi ke dua. memandangkan hostel dah penuh dan hostel baru belum di buka. terpaksa kami di tempatkan di kolej luar. Agak seperti di anak tirikan....hmmm... tak mengapalah... ada juga tempat berteduh. Kena lah faham juga. Hostel baru agak lewat di siapkan.

      "Alamak, ramai lah pulak.." aku mengeluh berat. Mata duk perhatikan barisan manusia yang berjela menunggu giliran untuk membuat panggilan telefon. Terasa malas nak menunggu. Aku patah balik ke bilik.

     " Ai...Cepatnya kau telefon." Fiza, teman sebilik menegur. Pelajar Jurusan Diploma Sains dan berasal dari perak. Peramah... itu first Impression aku pada dia. Sebab baru jumpa dah bertegur sapa macam dah lama kenal. Suka aku kawan dengan dia.

      "Hurmm.....aku tak pegi pun. Ramai sangat.nak menunggu mahu sampai tengah malam. Esok sajalah aku telefon di Kolej dalam Uitm tu."

       Aku membuka tudung yang membaluti kepala dan sangkut di tepi katil. Ruang bilik yang agak sempit. Kami terpaksa ambil tindakan bijak untuk mengemas sebaik mungkin barang-barang keperluan kami. nak menempuh satu semester di situ. kalau tak bijak menyusun alamat bilik ini akan berubah seperti stor.

      Bilik ini sebenarnya terbahagi kepada tiga lagi bahagian bilik kecil. Nampak seperti rumah kos rendah pun ada. Bilik-bilik kami di huni oleh teman-teman jurusan Diploma Sains dan Diploma Kejuruteraan Awam. Kebanyakan dari kami berasal dari selangor dan Kuala Lumpur.

    Bilik Hadapan di huni oleh Syam, Suzi comel (nama serupa aku), Liana dan Suhaina. Bilik kedua di huni oleh aku, Fiza, Fizang (nama serupa fiza,di sebabkan dia berasal dari terengganu kami panggil dia fizang. Nasib baik dia pun sporting je. Terima kami panggil nama timangan macam itu.), Eton, dan Jenny. Bilik ketiga pula di huni oleh mimah, farah, Shida dan Illa.

   aku, Farah, Illa dan Mimah memang sengaja memilih untuk duduk sebilik kerana kami datang dari kolej yang sama.Alang-alang datang dari satu tempat,baik kami terus bersama. tak pening nak fikir mencari kawan baru. Yang lain-lainnya baru berkenalan di kolej ini. kami teman yang happening dan gila-gila. jadi tak stress.

    "Suzie, kau dah cari tiket nak balik Selangor Ke?." Fiza menegur aku yang sedang mengelamun jauh.

    "Belum...Kau rasa ada lagi tak tiket. Aku dengar cerita tiket ke KL dah sold out. Macam mana aku nak balik ni." aku menggaru kepala yang tak gatal.

    "laaa.....habis,macam mana?...." terbeliak biji mata fiza.

     "Ha!...beberapa hari lepas aku ada jalan-jalan kat bilik kawan aku dalam hostel Uitm tu. Aku tengok senior-senior ni rajin buat iklan nak jual tiket. Cuba kau round kolej esok. mana tau ada rezeki kau." Idea bernas dari fiza. Suka aku. terus hilang sedih aku dari tadi.

    "Betul ni. Esok lepas kelas aku round kolej. Terima kasih fiza. Ni yang aku sayang sangat kat kau ni...."aku menepuk lembut bahunya.

     "Alolololo....yelah..aku pun sayang kau juga.sebab tu aku bagi idea ni." bergelak sakan kami berdua hingga terlupa rakan-rakan yang lain duk sibuk menelaah.

     "Amboi....seronok nyer korang....apa gosip ni...." syam menjenguk ke bilik kami. terganggu dek gelak kami mungkin.

     "Tak ada gosip. Ni, Si Suzie terlupa nak beli tiket balik kampung. Seronok sangat nak duduk kat Jengka ni." fiza menyakat aku.

     " Aaa!!...Tidak..tidak aku tak mau beraya kat sini..." Aku pura-pura meraung..

    "Apa salahnya suzie. kau cari pakwe sorang kat sini bleh jadi keluarga angkat. kau nak angkat terus pun boleh. Jadi menantu diaorang..." galak Si syam menyakat....

    "Lagi la tidak....Syam.....tak baik....."

    Habis kecoh satu bilik besar gosip aku tak dapat tiket balik kampung. berjangkit dari bilik ke bilik. Seronok melihat telatah teman-teman sebilik aku. sentiasa happy go lucky..


                                                            ********************************************

    Tersengih-sengih aku berjalan menujuk ke arah kumpulan teman-teman sekolej yang sabar menunggu ketibaan bas uitm untuk pulang ke kolej.

     "kenapa kau sengih-sengih ni. Ada senior mengurat kau ke?" Syam tak habis-habis nak meyakat aku.

    " Tak lah..aku ni sapa la nak pandang....lain la kau. Cantik. Tapi aku ada berita yang lagi best. Tadaaaa...." Aku menunjukkan tiket bas pada mereka.

    " Dapat juga kau balik ya suzie..sedih la orang jengka tak dapat nak sambut raya dengan kau..." Syam menyakat lagi.

   "Hehe...tak mahu aku. Aku nak beraya kat kampung aku." Aku tak henti-henti tersengih... walaupun terpaksa menempuh Kuala Lumpur Seorang diri buat pertama kali. Aku tak kisah. Asalkan aku dapat balik beraya. yahoooo!!!..

    
                                                    ********************************************

     Diam tak diam sudah hampir habis perjalanan satu semester di bumi UiTM Jengka ini. Minggu ini minggu menelaah.. Dalam Bahasa Inggerisnya Study Week. masing-masing sibuk membelek nota ringkas masing-masing. ada yang menghafal baris-baris ayat dalam tulisan ringkas, ada yang sibuk menekan-nekan punat kalkulator saintifik mencari jawapan soalan-soalan peperiksaan semester yang lepas sebagai ulangkaji. termasuklah diri aku. senyap sunyi suasana kolej. Pada yang sedang tension mulut pula yang sibuk mengunyah coklat. Si Syam dari tadi duk ulang alik bancuh nescaffe.

   Esok kertas peperiksaan kami yang pertama. Jadi kami agak tertekan memikirkan bagaimana agaknya soalan-soalan yang bakal keluar.

  Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap. Selesai solat subuh terus lengkap berpakaian. biar sampai awal tak lah kalut nanti. bukan apa... dalam kalut-kalut nanti apa yang duk hafal semalam mungkin bakal hilang dari kotak ingatan.

   Akhirnya aku menjawab semua kertas soalan dengan tenang. Walaupun ada beberapa kertas soalan yang telalu sukar untuk dijawab. Terutamanya kertas soalan kimia dan Fizik. Aku mencuba sedaya upaya menjawab dan goreng apa yang patut. Mesti lecturer pening nak tanda kertas jawapan aku.

   Tunggu sajalah hasilnya bulan hadapan. Sekarang aku  cuma fikir nak bercuti sepuasnya selepas penat otak memikirkan jawapan yang extravaganza tu.

  *goreng = jawapan yang merepek meraban.


                                             
( Habis sudah crita semester satu.sambung lagi minggu depan)

Khamis, 5 Januari 2012

Aku seorang mahasiswi

Tiiitttt....tiiit!!...... abang posmen terhendap-hendap di muka pintu. mencari kelibat manusia yang sejak dua minggu lepas duk mengusha surat tawaran dari UiTM.

   Aku yang tengah sibuk membasuh pinggan di dapur kelam kabut mencuci tangan yang penuh dengan buih sabun. Sambil tersengih-sengih berlari-lari anak menuju ke muka pintu.

   Aku lihat di tangan abang posmen itu ada satu sampul besar berwarna coklat. Sampul pun bertukar tangan.

   "Horay!!!.....akhirnya kau sampai jugak!...." aku menjerit keriangan. Mujur tiada siapa di rumah. Kalau tidak mesti di katanya aku dah kena sampuk dek jembalang. Aku memang akan masuk ke Uitm kerana sebelum tu aku sudah ambil kursus Pra-sains di salah sebuah kolej di tempat ku ini enam bulan yang lepas. Program itu khas untuk pelajar yang tidak dapat kemasukan terus ke IPTA anjuran Uitm. Itu pun setelah aku jenuh memujuk abah untuk benarkan aku belajar di kolej tersebut dan kebetulan program kemasukan ini adalah atas tiket bantuan anak miskin pada masa itu. Rezeki aku mungkin.

    Perkara pertama yang aku cari di atas muka surat pertama surat tawaran itu adalah lokasi penempatan. dan Kursus yang ditawarkan.

                           DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM di kampus UiTM CAWANGAN JENGKA, PAHANG.

 "Mak!!!!....pahang...jauhnyer. Abah lepaskan ke aku pergi ke tak ni." aku cakap seorang diri. walaupun dalam kerisauan. hati masih berbunga riang. akhirnya aku akan bergelar mahasiswi... Yahoooooo!!!!...... aku lah bakal perintis kepada adik-adikku. semoga mereka akan ikut jejak langkah ku. Aku kan anak sulung. Sukanya aku dapat membanggakan mak dan abah. Surat tawaran itu aku simpan di dalam bilik. akan aku tunjukkan pada mak dan abah malam nanti. waktu begini mereka sedang bertungkus lumus mencari rezeki di tempat kerja masing-masing.

   Malam itu aku tunjukkan sampul coklat pada mak dan abah. Mak mengucapkan syukur dan terus senyum lebar. Anaknya telah melangkah satu lagi anak tangga kejayaan. Nampaknya abah izinkan aku sambung belajar di sana. Malam itu aku tak dapat tidur lena kerana terlalu seronok.

                                                              ***************************************

   Tiba juga hari yang di nanti. Selepas bersahur aku terus bersiap untuk ke Pahang. Mak tak dapat ikut kerana cuti tidak di luluskan....sedih juga mak tak ikut aku ke sana. Jadi yang menemani abah nanti sepupuku dan adik perempuanku seorang. Kebetulan tarikh pendaftaran jatuh pada pertengahan bulan puasa. lagilah hiba...

   Rupa-rupanya aku tidak keseorangan di sana. Ada lagi dua orang teman sekolej aku yang turut di tempatkan di UiTM ini. Memandangkan pendaftaran first intake telah berlalu. dan aku di dalam golongan second intake,jadi tak susah untuk aku uruskan pendaftaran aku sendiri. semuanya aku lakukan sendiri. Dari pendaftaran kolej hinggalah ke bilik HEA dan HEP yang berada di tingkat empat. Fuh!..agak semput juga nak menapak satu demi satu anak tangga. Abah dan yang lain-lain tunggu di bawah saja. Bukan apa, kasihan... dalam bulan puasa nak berulang alik. tapi bagi aku semua itu tak menjadi hal. Seronok punya pasal lupa lapar dan dahaga.

    Selesai semua urusan pendaftaran, aku terus mengangkut semua barang-barangku dari bonet kereta. Abah terpaksa terus pulang ke selangor. perjalanan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke rumah. Aku menunggu hingga kereta Abah hilang dari pandangan, baru aku melangkah longlai masuk ke dorm. Di situ hanya penempatan sementara. selepas ini kami yang lewat mendaftar akan di aturkan ke bilik masing-masing. Sepatutnya kelas telah bermula seminggu yang lepas. tapi, aku belum lagi ke kelas hari ini. macam mana nak ke kelas. Jadual pun belum dapat lagi.

    Petang, selepas solat zohor aku ke bilik dekan fakulti kejuruteraan awam. selesai mendaftar kelas mana yang perlu aku masuk, aku terus menyalin jadual kelas yang tertampal di dinding cermin bilik Dekan.

    "suzie!!..." tulisanku terhenti. aku menoleh ke arah suara yang memanggil nama aku.
 
     "Farah...."terus aku menutup buku nota. mujur aku dah siap salin semua jadual kelas aku.

     " kau dah daftar kelas ke?".

     "Dah, aku baru siap salin jadual."

     "Kau masuk kelas apa?. aku nak sekali dengan kau la senang sikit."

     "Okey je. Aku lagi suka. Aku masuk 1A."

      "Boleh la. Sekejap, aku pergi daftar. Kau tunggu tau."

     "Okey".

      mata aku melilau memandang kiri,kanan dan atas. kalau aku pandang bawah yang kelihatan cuma sepasang kaki yang bersalut kasut sarung je iaitu kaki aku sendiri.hehe..

     "OOO....macam ni rupanya yang dikatakan Universiti... Bangunan ini adalah yang menempatkan bilik semua lecturer.
sekali-sekala ada beberapa pelajar lelaki dan perempuan yang melintasi aku. ada yang terlebih ramah akan berbalas senyam dengan aku. yang agak high class pula sekadar jeling mata saja. ah....lantaklah.. aku kesini untuk menuntut ilmu.


                                                        ******************************************

    Di UiTM aku mula mengenal teman-teman yang datang dari serata negeri. Namun kebanyakannya datang dari negeri pantai timur. Mula-mula tu aku macam rusa masuk kampung juga. ataupun kalau berborak tu sudah macam itik dengan ayam. Aku tercengang-cengang...

    Walaupun tak faham aku masih lagi duduk bersama-sama mereka setia mendengar mereka berborak. terlalu seronok mendengar sampai tak perasan mereka duk mengata aku.tapi bukan mengata yang buruk-buruk.sekadar mengusik. bila salah seorang menceritakan semula apa yang mereka borakkan aku ketawa besar. mereka kata aku dah seperti budak kecik. Melopong saja mendengar mereka berborak. Aku tak kisah janji aku tak berseorangan. seronok juga dapat kenal budaya lain. Kalau di kampung asyikdi sogokkan dengan dialek jawa. disini telinga aku di sogokkan pula dengan dialek terengganu...

     AKu terlalu suka bercampur dengan mereka hingga di dalam kelas ada segelintir rakan sekuliah mengatakan aku orang pantai timur. Sedangkan sebutir pun aku tak pandai nak sebut.

    Zaman itu kami masih lagi makan percuma di dewan makan. Jadi soal perbelanjaan tak membebankan aku. lagipun waktu itu aku masih belum dapat tawaran pinjaman PTPTN. Wang yang dibekalkan aku jimat sebaik mungkin. Pada waktu itu kewangan keluarga aku tak berapa kukuh. Jadi aku kena lah pandai urus kewangan aku di tempat orang. Berbuka puasa di dewan makan tidaklah seronok. agak berebut-rebut seperti asrama sekolah. maklumlah masing-masing sudah menahan lapar seharian.

    "Kau dah beli tiket balik kampung?.."aku mendengar perbualan teman sekolej di meja sebelah. Masing-masing bercerita mengenai agenda pulang beraya lagi satu minggu.

     Alamak!.... aku lupa nak cari tiket. Seronok punya pasal sampai lupa nak balik beraya. Macam mana ni... aku tak tau mana nak beli tiket...

Uitm 2000-2004

Baca juga....UiTM 2000-2004
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama