Jumaat, 30 September 2011

SUNSHINE prune juice...

nampak packaging macam sedap banget....
nak try satu.... lgpun it`s free...hehehehehehe...
sekali teguk.....yeark!!!..... teruknyer rasa....
tapi tak seteruk jamu bancuh masa dalam pantang....
tak leh nak describe.....
rasala sendiri...
tapi prune juice ni elok untuk sistem pencernaan....
aduhai... perut rasa semacam jer... so maknanye juice tadi telah bertindak mencuci segala benda yg berada di dalam usus....
sok pagi jumpa doktor jam... hehehehehe...
tryla kalo sesapa ade masalah penghadaman....


Selasa, 20 September 2011

20.09.2011

"what the date today?....."
"today is 20.09.2011 teacher....."
hehehehehehehe...
HAPPY BIRTHDAY TO ME....
HAPPY BIRTHDAY TO ME...
HAPPY BIRTHDAY TO ME....
HAPPY BIRTHDAY TO ME....

da bertambah usia suzie ek....
dan bermula satu azam baru.....
semoga apa yang suzie hajat tercapai....

well...
apa wish suzie untuk tahun ni?....
i wish...iwish.... a bungalow....
hahahahaha...
tak der la....

well...
sebagai hamba-Nya....
suzie harap dapat menjadi seorang makhluk tuhan yang sentiasa dalam rahmat-Nya....
sentiasa berada dalam landasan yang benar....

as a wife...
suzie harap kebahagiaan bersama mr hubby berpanjangan even kadangkala masalah perhubungan ni sesuatu yang tidak dijangkakan.....

as a mother...
suzie harap anak2 suzie menjadi anak yang soleh dan solehah..menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.....

as a daughter....
suzie harap suzie tak lupa sampai bila2 jasa dan pengorbanan mak n abah melahirkan dan membesarkan suzie dari sebesar ibu jari sampai le ke besar godang ni ha.....
harap2 suzie dapat jaga mak n abah ketika mereka uzur.....
harap2 suzie dapat sentiasa melihat mereka ketawa.....
harap2 suzie tak buat mereka menangis sedih kerana diri suzie......
harap2 suzie akan menjadi anak kesayangan mereka sampai bila2.....hehehehehe....sorry guys...my siblings.... i kan eldest....mesti yang terlebih kasih sayang kan....hua..hua..hua... kejam tol kaka korang nih...

as a sister...
suzie harap suzie dapat kekalkan hubngan adik beradik kita sampai akhir hayat.....
tamo gaduh2.....
kalau gaduh pown gaduh2... manja taw.....
make sure that....
pengalaman mengajar ku erti kasih sayang....
huhuhuhuhu.....

as myself?....
apa yang suzie harapkan?....
rasanya2 kalau semua orang di sisi suzie gembira...
itu pown sudah cukup......

Rabu, 14 September 2011

melilau mencari idea untuk "gift 4 newborn baby"

hurmmm.... hujung2 tahun ni ramai plak member yang nak deliver.....
da fenin nak cari gift........
so... why not beri something yang handmade kan.....
jumpa satu baby stuff ni....

dari blog smallfry and co.
ni adalah Folding Change Pad



dan ini.....



BABY QUILT
and.....





DIAPERS BAG....

both suzie tengok kat blog snazzy n such.
berjayakah suzie menyiapkan gift untuk newborn baby tu.....
tunggggguuuuuu........ next week hunters for the fabric.... once suzie da dapat... akan diwar-warkan dan mulala kerja sewing suzie.... hopefully mr hubby tak marah....hehehehe.... kena pujuk mr hubby dulu..sebab recently dia merajuk sebab all the fasting moth suzie cuma thinking about sewing sampai terlupa mr hubby..... yer la...terlupa sms... terlupa phone.... mana dia tak bising...kuang..kuang..kuang...

Selasa, 13 September 2011

kawan

as usual suzie is a person yang suka memerhati environment sekeliling.....
all about people around.....
mostly pasal sifat or sikap people yang sering di kerumuni kawan...
well... honestly suzie tak banyak kawan...or lebih tepat lagi tak der kawan rapat....
just biasa-biasa jer.... why?.... hmmmm.....
tak taula...
tapi kalau di ingat2....
kalau ader apa2 event.... tak kira la majlis keramaian.... kenduri kendara.... suzie akan alone by myself...
most of them akan bergembira but suzie just watch them happy... tak pandai nak meyelit....
why?.....hmmmmm....
bukan nak sombong ker....atau menjarakkan diri or tak sudi nak join...
try hardly nak menyelit diantara mereka...
but bila suzie join...feel like they are not into me.....
macam suzie ni menyibuk jer.....
bila termenyampuk isu2 diorang cam tak sesuai jer..cam lari topik....
so.. at the end... suzie will all alone by myself sampai la ke hujung majlis....
so boring kan myself ni... to much negative thinking kot....
mungkin effect masa suzie kecik2...... selalu kena buli ngan budak lain......
suzie ni cepat touching kalau bab kawan nih....
kalau that person buat muka tak berapa suka ngan suzie even mulut dia cakap suzie ni tak memberi masalah kat dia..suzie akan notify.... and lepas tu dengan sendirinya suzie akan jarakkan diri suzie...
well suzie tak nak la org lagi menyampah ngan kehadiran suzie ni kan....
and suzie ni walaupon orang tu gurau pasal relationship... macam perli2 ker...suzie akan senyum jer..tapi dalam hati simpan dalam wooo.....
 kekadang suzie terfikir....
am i a good friend?...
do i suitable for every body around me...
mulut aku macam longkang tak..sampai kengkawan lari...
huhuhuhuhu......
so tacing la these day....
semua nyer nak terasa suzie nih.....

Isnin, 12 September 2011

sewing or cooking

Trully,deeply,madly..... honestly suzie berkata suzie lebih minat menjahit dari memasak....
kalau suh suzie memasak.... gerenti suzie akan termenung jauh kat depan dapur duk memikir..
apa juadah nak di hidangkan tuk org rumah....
sebab tu bila kat umah mertua bila time masak agak lambat jugak kaki ni melangkah masuk dapur join ipar duai berperang kat dapur...hehehehehe...
tapi..tapi..tapi...
suzie cover kelemahan suzie tu...
bab mengemas lepas masak or lepas makan suzie akan bertapa di dapur sampai clear dapur.....
suzie ni deria rasa untuk memasak memang fail..sebab sedap ke tak sedap ker..suzie bedal jer....lagipun family belah mr hubby agak cerewet pasal makanan.... karang suzie masak cincai boncai.... kena serbu jer... tak pown..tak terusik makanan tu.... tak ker naya......
memang ler ada pendapat yang mengatakan kalau nak tackle suami supaya suami sentiasa sayang kita kena tackle perut dia....abis... macam ner nak solve masalah suzie nih....
sudah agak terasa kebebelan suami bila tak selera nak makan kat umah...huhuhuhuhu... adakah perlu untuk suzie menghadiri kelas2 masakan?......     

Khamis, 8 September 2011

perjuangan bermula....

   Setelah bertangguh hampir satu tahun, akhirnya suzie menapak ke Bahagian Sumber Manusia untuk memulakan proses permohonan bertukar ke Negeri Pahang. agak rumit juga prosesnya. tapi, demi kebaikan suzie akan lakukan sebaik mungkin.

  Jangan terlalu memikir diri sendiri. kadang-kadang kita perlu berkorban untuk kebaikan orang yang kita sayangi......

  Suzie sayang anak-anak suzie... terlalu sayang... suzie tak mahu dan tak mampu melihat riak wajah sedih anak-anak kecil itu setiap kali ayah mereka melangkah naik ke dalam perut bas untuk pulang ke Pahang. 

   Bohong lah kalau suzie kata suzie tak sedih.. rasanya mahu saja suzie turut naik ke dalam bas dan ikut Ayah pulang ke sana. Tapi disini suzie ada tanggungjawab lain yang perlu suzie pikul. tanggungjawab ini yang akan memastikan perut anak-anak suzie sentiasa kenyang... dan memastikan segala kehendak dan keinginan anak-anak dapat suzie tunaikan selagi masih suzie boleh tunaikan permintaan mereka.

  Walaupun ada sedikit konflik yang berlaku.. suzie teruskan juga urusan itu. Mana tahu mungkin akan berlaku satu perubahan yang baik selepas ini.

  Doa suzie setiap kali selepas salam kedua di akhir solat,mudah-mudahan tuhan melancarkan segala urusan suzie dan semoga kebahagian dan keharmonian sentiasa menyelubungi perhubungan kami. Dan semoga perjalanan hidup kami sentiasa berada di landasan yang benar..  AMIN.

(Walaupun hati ini sering di lukai amat sukar untuk aku membencimu... walau segunung kebencian ku padamu.. tak dapat di tandingi dengan selautan sayang ku padamu... tidakkah kau mengerti perasaan aku ini.. mengapa sekelumit salahku kau perlihatkan tetapi seribu kebaikan tidak kau hiraukan.... )

   

Isnin, 5 September 2011

"selumbar di hati Laila"

   Perlahan-lahan jari jemari mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi. Di corong radio berkumandang lagu Seribu Sesalan nyanyian jac,shila dan ning..
  
    Semakin di kesat,semakin deras.. fikiran laila berkecamuk.. mengelamun sepanjang perjalanan pulang dari kampung..
  
     sesekali matanya melirik pada batang tubuh anak-anak yang sedang enak dibuai mimpi.. mereka tidak mengerti apa-apa... mereka tidak salah...Laila mengeluh untuk yang keseribu kali mungkin....

    selalunya sepanjang tiga jam perjalanan matanya turut terlena dibuai alunan perjalanan kereta yang amat panjang. tetapi kali ini langsung tidak boleh melelapkan mata walau sedetik. seperti menarik-narik mengimbau kembali peristiwa semalam.

    


  
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama