Khamis, 8 September 2011

perjuangan bermula....

   Setelah bertangguh hampir satu tahun, akhirnya suzie menapak ke Bahagian Sumber Manusia untuk memulakan proses permohonan bertukar ke Negeri Pahang. agak rumit juga prosesnya. tapi, demi kebaikan suzie akan lakukan sebaik mungkin.

  Jangan terlalu memikir diri sendiri. kadang-kadang kita perlu berkorban untuk kebaikan orang yang kita sayangi......

  Suzie sayang anak-anak suzie... terlalu sayang... suzie tak mahu dan tak mampu melihat riak wajah sedih anak-anak kecil itu setiap kali ayah mereka melangkah naik ke dalam perut bas untuk pulang ke Pahang. 

   Bohong lah kalau suzie kata suzie tak sedih.. rasanya mahu saja suzie turut naik ke dalam bas dan ikut Ayah pulang ke sana. Tapi disini suzie ada tanggungjawab lain yang perlu suzie pikul. tanggungjawab ini yang akan memastikan perut anak-anak suzie sentiasa kenyang... dan memastikan segala kehendak dan keinginan anak-anak dapat suzie tunaikan selagi masih suzie boleh tunaikan permintaan mereka.

  Walaupun ada sedikit konflik yang berlaku.. suzie teruskan juga urusan itu. Mana tahu mungkin akan berlaku satu perubahan yang baik selepas ini.

  Doa suzie setiap kali selepas salam kedua di akhir solat,mudah-mudahan tuhan melancarkan segala urusan suzie dan semoga kebahagian dan keharmonian sentiasa menyelubungi perhubungan kami. Dan semoga perjalanan hidup kami sentiasa berada di landasan yang benar..  AMIN.

(Walaupun hati ini sering di lukai amat sukar untuk aku membencimu... walau segunung kebencian ku padamu.. tak dapat di tandingi dengan selautan sayang ku padamu... tidakkah kau mengerti perasaan aku ini.. mengapa sekelumit salahku kau perlihatkan tetapi seribu kebaikan tidak kau hiraukan.... )

   

3 ulasan:

eB berkata...

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn :)

Sidratul Muntaha berkata...

beb...
remind me to my 2nd command boss.
her husband is mejar in millitary.
nowadays nearly 4 years kena tinggal.
currently add up another 4 and half years kena tinggal lagi.
dia bergelut dgn anak2 seramai 3 org ni,dan keje kat gombak ni jauh nun umah kat rawang.
apepun,panjatkan doa byk2...
kita merancang,Allah juga merancang.
tapi perancangan Allah itu lebih baik.
wallahualam.

suzie berkata...

eB:doakan suzie selalu yer...
Sidratul muntaha:kalau wife army memang da sedia tau kena berkorban sebelum mengahwini seorang army.... tu pasal aku tak cari army...huhuhuhu....

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama