Khamis, 5 Januari 2012

Aku seorang mahasiswi

Tiiitttt....tiiit!!...... abang posmen terhendap-hendap di muka pintu. mencari kelibat manusia yang sejak dua minggu lepas duk mengusha surat tawaran dari UiTM.

   Aku yang tengah sibuk membasuh pinggan di dapur kelam kabut mencuci tangan yang penuh dengan buih sabun. Sambil tersengih-sengih berlari-lari anak menuju ke muka pintu.

   Aku lihat di tangan abang posmen itu ada satu sampul besar berwarna coklat. Sampul pun bertukar tangan.

   "Horay!!!.....akhirnya kau sampai jugak!...." aku menjerit keriangan. Mujur tiada siapa di rumah. Kalau tidak mesti di katanya aku dah kena sampuk dek jembalang. Aku memang akan masuk ke Uitm kerana sebelum tu aku sudah ambil kursus Pra-sains di salah sebuah kolej di tempat ku ini enam bulan yang lepas. Program itu khas untuk pelajar yang tidak dapat kemasukan terus ke IPTA anjuran Uitm. Itu pun setelah aku jenuh memujuk abah untuk benarkan aku belajar di kolej tersebut dan kebetulan program kemasukan ini adalah atas tiket bantuan anak miskin pada masa itu. Rezeki aku mungkin.

    Perkara pertama yang aku cari di atas muka surat pertama surat tawaran itu adalah lokasi penempatan. dan Kursus yang ditawarkan.

                           DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM di kampus UiTM CAWANGAN JENGKA, PAHANG.

 "Mak!!!!....pahang...jauhnyer. Abah lepaskan ke aku pergi ke tak ni." aku cakap seorang diri. walaupun dalam kerisauan. hati masih berbunga riang. akhirnya aku akan bergelar mahasiswi... Yahoooooo!!!!...... aku lah bakal perintis kepada adik-adikku. semoga mereka akan ikut jejak langkah ku. Aku kan anak sulung. Sukanya aku dapat membanggakan mak dan abah. Surat tawaran itu aku simpan di dalam bilik. akan aku tunjukkan pada mak dan abah malam nanti. waktu begini mereka sedang bertungkus lumus mencari rezeki di tempat kerja masing-masing.

   Malam itu aku tunjukkan sampul coklat pada mak dan abah. Mak mengucapkan syukur dan terus senyum lebar. Anaknya telah melangkah satu lagi anak tangga kejayaan. Nampaknya abah izinkan aku sambung belajar di sana. Malam itu aku tak dapat tidur lena kerana terlalu seronok.

                                                              ***************************************

   Tiba juga hari yang di nanti. Selepas bersahur aku terus bersiap untuk ke Pahang. Mak tak dapat ikut kerana cuti tidak di luluskan....sedih juga mak tak ikut aku ke sana. Jadi yang menemani abah nanti sepupuku dan adik perempuanku seorang. Kebetulan tarikh pendaftaran jatuh pada pertengahan bulan puasa. lagilah hiba...

   Rupa-rupanya aku tidak keseorangan di sana. Ada lagi dua orang teman sekolej aku yang turut di tempatkan di UiTM ini. Memandangkan pendaftaran first intake telah berlalu. dan aku di dalam golongan second intake,jadi tak susah untuk aku uruskan pendaftaran aku sendiri. semuanya aku lakukan sendiri. Dari pendaftaran kolej hinggalah ke bilik HEA dan HEP yang berada di tingkat empat. Fuh!..agak semput juga nak menapak satu demi satu anak tangga. Abah dan yang lain-lain tunggu di bawah saja. Bukan apa, kasihan... dalam bulan puasa nak berulang alik. tapi bagi aku semua itu tak menjadi hal. Seronok punya pasal lupa lapar dan dahaga.

    Selesai semua urusan pendaftaran, aku terus mengangkut semua barang-barangku dari bonet kereta. Abah terpaksa terus pulang ke selangor. perjalanan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke rumah. Aku menunggu hingga kereta Abah hilang dari pandangan, baru aku melangkah longlai masuk ke dorm. Di situ hanya penempatan sementara. selepas ini kami yang lewat mendaftar akan di aturkan ke bilik masing-masing. Sepatutnya kelas telah bermula seminggu yang lepas. tapi, aku belum lagi ke kelas hari ini. macam mana nak ke kelas. Jadual pun belum dapat lagi.

    Petang, selepas solat zohor aku ke bilik dekan fakulti kejuruteraan awam. selesai mendaftar kelas mana yang perlu aku masuk, aku terus menyalin jadual kelas yang tertampal di dinding cermin bilik Dekan.

    "suzie!!..." tulisanku terhenti. aku menoleh ke arah suara yang memanggil nama aku.
 
     "Farah...."terus aku menutup buku nota. mujur aku dah siap salin semua jadual kelas aku.

     " kau dah daftar kelas ke?".

     "Dah, aku baru siap salin jadual."

     "Kau masuk kelas apa?. aku nak sekali dengan kau la senang sikit."

     "Okey je. Aku lagi suka. Aku masuk 1A."

      "Boleh la. Sekejap, aku pergi daftar. Kau tunggu tau."

     "Okey".

      mata aku melilau memandang kiri,kanan dan atas. kalau aku pandang bawah yang kelihatan cuma sepasang kaki yang bersalut kasut sarung je iaitu kaki aku sendiri.hehe..

     "OOO....macam ni rupanya yang dikatakan Universiti... Bangunan ini adalah yang menempatkan bilik semua lecturer.
sekali-sekala ada beberapa pelajar lelaki dan perempuan yang melintasi aku. ada yang terlebih ramah akan berbalas senyam dengan aku. yang agak high class pula sekadar jeling mata saja. ah....lantaklah.. aku kesini untuk menuntut ilmu.


                                                        ******************************************

    Di UiTM aku mula mengenal teman-teman yang datang dari serata negeri. Namun kebanyakannya datang dari negeri pantai timur. Mula-mula tu aku macam rusa masuk kampung juga. ataupun kalau berborak tu sudah macam itik dengan ayam. Aku tercengang-cengang...

    Walaupun tak faham aku masih lagi duduk bersama-sama mereka setia mendengar mereka berborak. terlalu seronok mendengar sampai tak perasan mereka duk mengata aku.tapi bukan mengata yang buruk-buruk.sekadar mengusik. bila salah seorang menceritakan semula apa yang mereka borakkan aku ketawa besar. mereka kata aku dah seperti budak kecik. Melopong saja mendengar mereka berborak. Aku tak kisah janji aku tak berseorangan. seronok juga dapat kenal budaya lain. Kalau di kampung asyikdi sogokkan dengan dialek jawa. disini telinga aku di sogokkan pula dengan dialek terengganu...

     AKu terlalu suka bercampur dengan mereka hingga di dalam kelas ada segelintir rakan sekuliah mengatakan aku orang pantai timur. Sedangkan sebutir pun aku tak pandai nak sebut.

    Zaman itu kami masih lagi makan percuma di dewan makan. Jadi soal perbelanjaan tak membebankan aku. lagipun waktu itu aku masih belum dapat tawaran pinjaman PTPTN. Wang yang dibekalkan aku jimat sebaik mungkin. Pada waktu itu kewangan keluarga aku tak berapa kukuh. Jadi aku kena lah pandai urus kewangan aku di tempat orang. Berbuka puasa di dewan makan tidaklah seronok. agak berebut-rebut seperti asrama sekolah. maklumlah masing-masing sudah menahan lapar seharian.

    "Kau dah beli tiket balik kampung?.."aku mendengar perbualan teman sekolej di meja sebelah. Masing-masing bercerita mengenai agenda pulang beraya lagi satu minggu.

     Alamak!.... aku lupa nak cari tiket. Seronok punya pasal sampai lupa nak balik beraya. Macam mana ni... aku tak tau mana nak beli tiket...

2 ulasan:

alin berkata...

alaaa nape sekerat je??cepat sambung..aku nak baca..hehehehe..

suzie berkata...

masa aku wat..da nak balik daaa...arini mungkin aku sambung..ngeh...ngeh..ngeh...rindu kat uitm..huhuhuhuhuhu..

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama