Isnin, 25 Julai 2011

K.E.T.U.A

ada apa dengan ini tajuk....
hmmmm...dah berhari2 dok terpikir ngan tajuk ni....
hari ni nak luahkan pendapat dari sudut hati....
dan pendapat ini tidak menyebelahi mana2 pihak parti politik...
kalau boleh semua pihak bertindak dengan fikiran yang waras....
sejak dua menjak ni.... parti politik di malaysia dok bergaduh pasal nak memerintah kawasan.nak jadi ketua..sampai nak tuduh menuduh... buat perhimpunan.... tanpa pikir orang2 sekeliling... banyak terikur2 perangai org negara barat.
ANAK KECIL INI MAHU BERBICARA WAHAI SANG KETUA.....
v
v
v
v
v
v
KETUA KAMPUNG
ini kisah benar...
ada seorang insan bercerita pada saya...
salah seorang saudaranya layak memohon rumah PPRT dek kerana kekurangan yang dihadapinya memandangkan dia adalah seorang ibu tunggal...
tetapi si KETUA KAMPUNG hanya pandang sebelah mata kes terpencil ini kerana nak menjaga reputasi bersih kampung kerana satu masalah permohonan ini akan menjejaskan kedudukan kampungnya yang "0" penduduk susah..... ada ke patut?....
seorang KETUA KAMPUNG di lantik untuk menjaga kebajikan anak buahnya... bukan untuk menaikkan saham sendiri.... jangan macam ni pakcik-pakcik... kasihan la org2 yang amat memerlukan itu... kita tengok luaran nampak biasa..tapi tak tau betapa susahnya insan tu menanggung masalah seorang diri... org kampung melantik pakcik-pakcik kerana percaya pakcik-pakcik dapat menjaga kebajikan orang kampung.
v
v
v
teringat cerita masa sekolah  dulu...
tentang salah seorang sahabat nabi, Saidina Umar  a.s...
merupakan seorang pemimpin yang adil...
beliau menyangkakan rakyatnya sudah cukup terbela semuanya...
sehingga suatu hari beliau berjalan di padang pasir...
terserempak satu khemah yang didiami seorang ibu dan beberapa orang anak sedang masak sesuatu...
beliau pun singgah dengan niat untul melawat...
ibu itu tidak mengetahui beliau adalah Saidina Umar Al-khattab...
maka beliau pun bertanya pada ibu itu...apakah yang sedang di masak sebab terlalu lama...
si ibu pun berkata...
dia merebus batu-batu.. dan mengambil masa yang lama untuk melembutkan batu itu supaya senang anak2nya makan..
terkejut beliau mendengar kata-kata ibu itu...
dia tidak menyangka ada juga yang terlepas dari pandangan matanya....
beliau pulang dengan menitiskan air mata...
keesokan harinya..
beliau telah menghantar orang untuk membawa makanan kepada keluarga itu....
v
v
v
benar....zaman sekarang ni susah untuk KETUA-KETUA kita bersikap seperti saidina Umar.... tapi tak salah kalau ada perubahan kan.... kita ni duduk di dunia cuma sementara.... harta dunia cuma pinjaman... tak salah kalau kita bahagi pada yang hak... buang lah sikap mementingkan diri sendiri...
v
v
v
pesanan buat diri sendiri...
"suzie... bersedekah lah selalu....kerana bersedekah tu boleh melapang kan fikiran dan dada yang sempit...seklai kita bersedekah.... seribu pintu rezeki ALLAH buka untuk kita......"....

P/S:
bukan nak tunjuk baik...tapi bila DIA buka pintu hati ku ini....terasa kecilnya diri ini..terima kasih YA ALLAH kerana masih menyayangi diri ini...masih memberi ingatan pada diri supaya kembali bertaubat di kala diriku mengeluh dengan ujian yang sedang di lalui....





Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama