Rabu, 21 Disember 2011

Sepasang Kurung biru....

       Damai suasana,angin sepoi-sepoi bahasa menderu. Menepis wajah dan kerudung putih yang membaluti kepalanya. Anak matanya merenung jauh. Hati resah namun tidak dihiraukan beberapa batang tubuh yang melintasinya. Tak ramai yang melalui kawasan padang bola sepak Uitm Jengka ini. Hanya beberapa pelajar yang gemar mengambil jalan pintas ke dewan kuliah dari asrama baru. Agak redup melalui kawasan itu jika di bandingkan melalui laluan keluar masuk asrama yang bertar. Di tangannya masih memegang buku rujukan Fizik yang agak tebal. Baru saja di pinjam dari perpustakaan universiti.

     Masih terbayang di ruangan mata gelagat seorang insan yang amat dikenali. Masakan tidak... dia yang dulu amat dibencinya kerana merendah-rendahkan kemampuannya di dalam bilik kuliah. Tetapi tidak disedari, dalam diam telah mengubah hatinya tertarik dengan gelagat gila-gila lelaki itu. tetapi kenapa harus dia merasa cemburu melihat kemesraan dia bersama teman wanitanya tadi?. adakah hatinya sudah terpaut pada dia?.Ah!..karut.

      "Aku tak boleh dan tak mungkin bersama dia. Aku pipit dia enggang masakan mungkin enggang boleh terbang bergandingan dengan pipit.Pergi jauh-jauh wahai perasaan...."bisik hatinya sambil mengeluh berat.

       "Amboi..cik kak. mengeluh panjang nampak...tenung bangunan asrama dah macam nak tembus dinding tu..."

      Sara kaget lantas memalingkan muka ke arah suara itu. bibirnya mengukir senyum yang berat. Buku yang terbuka luas itu ditutup dan dimasukkan ke dalam beg di sisinya.

     "Boleh aku duduk?...." tanpa menunggu jawapan Amir terus melabuhkan punggungnya ke atas padang rumput, berhadapan dengan sara namun menjarakkan kedudukannya sedikit agar dapat berbual dengan selesa.

    Sara hanya diam membisu seribu bahasa. Tangannya menguis-nguis rumput di kakinya. Tiada modal untuk memulakan bicara. Agak kekok duduk berduaan dengan Amir kerana sebelum ini kebiasaannya dia hanya akan duduk beramai-ramai bersama kumpulannya sambil menyaksikan perlawanan bola sepak.

   "Tadi aku cari kau di Library.... Nurul beritahu kau ke mari..." Amir memberitahu tanpa di tanya.

   "Kenapa kau cari aku?... "
   "Oh!..alamak!...."
    "sorry...aku terlupa kau pesanan kau nak jumpa aku hari ini.... Sorry ya..."
Sara menepuk dahinya. Macam mana aku boleh lupa. Kesian dia mungkin dia tunggu aku lama di sana..bisik hatinya...

    " Tak apa lah..aku pun lewat tadi...." Amir tersenyum.kelakar mungkin melihat Sara yang sedikit kalut kerana memungkiri janji.

     "Hah, kenapa kau beria sangat nak jumpa aku sampai nak berpesan kat Nurul?." soalnya. gundah hatinya tadi luput seketika dari ingatannya. fikirannya terus fokus pada teman sekuliahnya itu. Mungkin dia ada masalah....

    "Aku...aku ada satu perkara nak bincang dengan kau... Erm..elok juga kau disini tak lah aku gabra sangat..heheheheh..." ujarnya sambil tersengih.

    "La... kenapa. Kau ada masalah peribadi ke?.. Sampai orang lain tak boleh tau ni..."
    " Hah,cepat cerita..mana tau mungkin aku boleh tolong..."  serta merta dia menumpukan perhatian pada apa yang akan di luahkan oleh temannya itu.

       Pada kebiasaannya Sara memang tempat meluahkan perasaan teman-temannya. Dan sebaik mungkin akan memberi nasihat atau membantu apa-apa yang di rasakan mampu. Sudah seperti pegawai kaunseling. tak perlu rakan-rakan sekuliahnya pening kepala memikirkan masalah dan gundah gulana di hati. Sudah ada tempat untuk mengadu.

     "Sebelum aku bercakap dengan lebih lanjut lagi. Aku mintak sangat-sangat kau jangan terkejut dan tak perlu nak beri jawapan sekarang. Aku cuma harap kau sudi nak dengar sampai habis apa yang aku nak cakap kat kau, okey?.."

    Sara bekerut dahi. Lain macam saja si Amir ini. Buang tabiat ke apa ni?..

   "Pelik saja kau ni... Apa masalah kau ni..." tersekat-sekat suara Sara.

   "Okey...fuh..fuh..." Amir menarik dan melepaskan nafas yang berat bebrapa kali mencari kekuatan untuk berbicara.

  "Sara, kita kawan dah lama. Aku suka kawan dengan kau. Kau banyak ambil berat pasal aku... Sebelum ni tak pernah ada gadis sebaik kau yang aku kenal. Makin lama aku makin tertarik dengan kau.. dan dalam erti kata lain..aku mula menyukai kau... Sara, aku tau aku tak sehensem teman-teman kita yang lain. Tapi aku ikhlas nak kenal kau dengan lebih rapat lagi..."

  Amir berhenti berbicara seketika dan memerhati raut wajah Sara yang termanggu-manggu.

  "Sara, hari ini aku mengumpul kekuatan untuk meluahkan segalanya pada kau. Dah lama aku nak luahkan tapi, aku takut. Takut kau akan menempelak aku dan putus persahabatan kita. Dan sekarang ini aku semakin yakin dengan perasaan aku. Dan aku nekad untuk meluahkan segalanya pada kau. Aku sanggup ambil risiko ini untuk berterus-terang dengan kau sebab aku tak mahu terus hidup dalam angan-angan aku sendiri. Aku tak dapat nak tumpukan perhatian aku lagi pada kuliah selagi aku tidak beritahu isi hati aku pada kau.jadi, sekarang ini, saat ini sudah lepas semua isi hati aku pada kau.

    " Sara...boleh tak kiranya aku jadi teman istimewa dalam hatimu?...." Dia mengakhiri kata-katanya dan memandang wajah Sara dengan penuh makna. Menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir merah itu.

   Sara terkebil-kebil mendengar kata-kata Amir tadi. Seperti tidak berpijak di bumi nyata. tidak percaya dengan apa yang di dengarnya tadi. Selama 5 semester dia berkawan dengan Amir. Dia tidak menafikan selalu mengambil berat akan diri temannya itu. memang sifat dia begitu. Tidak membezakan jantina dalam berkawan asal tidak melampaui batas-batas agama.
Tidak pula dia menyangka layanannya itu di salah tafsir.

   "Aduh....macam mana ni....." hatinya berbicara gelisah...

   Hatinya terpaut pada insan lain tapi, dalam masa yang sama ada insan lain yang menagih kasihnya. Siapa yang harus aku pilih?. Si dia yang aku suka dalam diam atau haruskah aku menerima saja lamaran si Amir ini?......

   

Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama