Jumaat, 18 Februari 2011

Blog ini untuk anda


salam.... tetiba nak berpantun plak yer...

"Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan...."

(tak kisah kan kalau kata diri yang di gunakan adalah 'Aku')

Aku berminat nak join blog ni sejak mula membaca blog-blog adik2 yang bebas meluahkan isi hati mereka..kadang2 tu entah apa2 yang diorang tulis. tapi kekadang tu kelakar baca entri-entri tu...
   kemudian aku mula pulak berjalan di alam maya..(blogwalking...he3..) seronok pulak berkongsi cerita.... bila balik kampung terus cari adik dan mintak dia ajar cara2 nak buka blog... terkedek2 jugak aku belajar..maklumla.... bukan fulltime boleh mengadap komputer nih..hati 3 buah hati kecil perlu di jaga dan di beri perhatian....
    Aku berblog ni cuma nak berkongsi cerita apa yang aku nak cerita pada kawan2 aku..tapi aku ni jarang berkumpul dan berborak....so,rasanya dengan cara ni lah aku luahkan apa yang terisi di dalam diri aku nih...
    harapan aku, semoga aku dapat meneruskan aktiviti berblog ni sampai bila2...dan blog aku ni dapat memberi info terkini tentang aku pada teman2 lama dan baru...dan..manalah tau aku jugak boleh mengembang kan bisnes aku(dalam proses...he) melalui dunia blog ni...he3...insya allah...


3 ulasan:

Admin berkata...

Salam .. terima kasih kerana join ehh.

Ayuni berkata...

simplenye blog, sye follow...

suzie berkata...

hasrul:sesama...he3....mencari kengnawan untuk berlawan cakap...puas cakap ngan bebudak kat umah...

ayuni:dalam proses untuk memadatkan blog...tapi idea belum menjelma....he3...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama