Rabu, 23 Mac 2011

Info sihat siri 3- PIRAMID MAKANAN SIHAT

Salam hari rabu....hehehehe....hari ni nak update lagi pasal info sihat yang da lama tergantung tu.....mari kita rewind balik siri yang lepas...hrrrmm....kita bicara tentang pengiraan kalori..dan aku ader bagi satu contoh menu kan.....

untuk kali ini aku nak cerita pasal kumpulan makan dalam piramid makanan sihat....benda ni perkara basic yang perlu kita ambil tahu dari sini kita boleh tau kita terlebih makan atau terkurang makan....yang pastinya terlebih sudaahh...kan..macam diri aku sendiri..sebab tu aku tengah berusaha untuk mengimbangkan bentuk badan aku yang booolaat nih.....

okeis..okeis...
dalam piramid makanan ada 5 kumpulan makanan. 

kumpulan satu, yang paling bawah sekali. kumpulan makanan yang sumbangkan karbohidrat iaitu tenaga dan serat untuk tubuh kita ni. kumpulan utama. terdiri dari nasi,roti,bijirin dan ubi-ubian.kita perlu amik 4-8 sajian sehari bergantung pada keperluan kalori jugak.. (pada siri 2 da bincang pasal pengiraan keperluan kalori begantung pada tahap kecergasan dan umur kan...semak balik..)

Kumpulan dua, kumpulan makanan yang sumbangkan vitamin,serat,mineral,dan antioksida yang penting untuk tingkatkan ketahanan badan terhadap penyakit iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan...haaa..sesapa yang tak suka makan sayur,lepas ni rajin2kan diri anda untuk menjamahnya sebab sekarang ni macam2 penyakit adaaa.so,kita perlu protect tubuh kita dari sebarang penyakit walaupon sekadar flu biasa...flu pon bole jadi serius tau......untuk buah kita perlu 2 sajian sehari dan untuk sayur,3 sajian sehari..kita boleh makan banyak..tapi awas!!..ada sesetengah buah dan sayur yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula yang tinggi..nanti terlebih plak..sebab tadi da amik kumpulan satu kan......yang ader karbohidratkan..jadi tak nak la amik banyak karbohidrat sangat...tak sihat tu..

Kumpulan tiga,kumpulan protein. iaitu ikan,ayam, daging, telur, dan kekacang...selain protein kumpulan ni turut sumbangkan vitamin B, Zat besi, Zink, KAlsium dan magnesium. kita cuma perlu amik secara sederhana sahaja..iaitu dalam ukuran 1/2-2 sajian ayam/daging/telur dalam sehari atau 1 sajian ikan sehari ataupun 1/2-1 sajian kekacang sehari..peringatan...daging dan ayam pon ader sumbangkan sedikit lemak..so,nak makan tu beringat lah...(ingatan untuk diri sendiri jugak!....hehehehe..)

Kumpulan empat, adalah kumpulan susu dan produk tenusu contohnyer keju,dadih,yogurt,...ermm aper lagi ek kengkawan...korang mesti tau kan.... kumpulan ni kita makan secara sederhana jer..sebab ia mengandungi kumpulan lemak...tapi, bukan lemak yang jahat....oppss!! lupa...susu memberi tubuh kita kalsium dan protein yang penting untuk badan...sebab tu kita kena minum at lease satu gelas susu sehari....baik untuk tulang kita..kan..selain tu ader magnesium,fosforus,vitamin D,riboflavin dan niasin..

Kumpulan Lima,kumpulan yang kita perlu makan sikit jer...iaitu kumpulan lemak,gula dan garam......

waduuuuhhh.... sudah kaya' bu doktor aku ini....he3.... apa la sangat..tu pon info yang aku dapat dari doktor Azlinda kesayanganku....

 Sebenarnya definisi diet tu bukan bermaksud kita perlu berlapar...cuma kita kena atur jumlah pemakanan kita ikut cara hidup kita....terkurang makan tak boleh terlebih makan lagi la tak boleh....dan yang penting...kalau nak kurus bukan kurus sekelip mata..tapi ikut kemampuan tubuh kita....sebab kalau kita kurus secara mendadak..di bimbangi akan timbul kesan dari sudut kesihatan plak macam aneroksia nervosa, bulimia, gastriks, etc...tu contoh orang yang ambil langkah silap sebab nak kurus cepat..dan ini boleh membawa maut..tau..serius nih..bukan main2.....so,jangan la nak pikir senang jer perkara ni....biarla ikut flow....takper...biar kita tengok kesannya lambat..yang penting SABAR dan JANGAN CEPAT PUTUS ASA....ingat tu suzie!!!!(ingatan untuk diri sendiri dan kengkawan....)

sori la gambar tak clear sangat...snap pakai phone jer....tak sempat nak scan.....


Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama